🕷My trip around Kuala Lumpur

                         My trip around Kuala Lumpur 

(Sorry but I have to write this in Malay but you can translate it to English at the sidebar)

   Pada hari Rabu yang lepas, sekolah saya mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur. Apabila saya tiba di sekolah, semua murid yang menyertai lawatan dikehendaki berkumpul di Dewan terbuka sekolah saya. Semua murid berbaris pada kumpulan masing-masing. Saya disenaraikan sebagai kumpulan 26, saya duduk di barisan kumpulan saya.

  Setelah beberapa minit, semua murid mengambil nasi lemak sebagai sarapan di kantin sekolah. Kemudian, kita menaiki bas. Saya mengeluarkan buku cerita saya dan membacanya. Setelah tiba di destinasi, iaitu Rumah Terbalik. Apabila melihat ke dalam Rumah Terbalik, mata saya terbuka tengan luas kerana senha benda di dalam rumah itu terbalik.
















   Seterusnya, bas kita bertolak ke Perpustakaan Negara. Sebelum memasuki perpustakaan, semua kumpulan beratur di hadapan bangunan tersebut. Sebaik sahaja memasuki perpustakaan, semua murid berlari ke arah komputer dan suasana di Perpustakaan Negara menjadi hingar-bingar. Saya mengambil sebuah buku untuk membaca.





   Tidak lama kemudian, semua guru memanggil murid-murid duduk ke atas lantai semasa meraka menegur kita. Selepas itu, kami  membaca buku sekali lagi. Beberapa minit kemudian, kita pun mengambil makanan tengah hari, iaitu KFC. Dalam kotak yang diberikan, saya terlihat nasi, ayam goreng, "coleslaw"dan sos cili.


    Destinasi yang seterusnya ialah Pusat Sains Negara. Dalam Pusat Sains Negara, terdapat banyak benda yang seronok seperti sebuah akuarium mini, taman permainan mini dan sebagainya. Terdapat sekeping cermin yang menunjukan diri kita yang pelik sebuah mesin yang meniup udara dan apabila seseorang meletakkan belén di atasnya, belon itu diperangkap dalam udara yang ditiup, sebuah "maze"cermin, "Survive The Bunker" dan sebagainya.

    Pengalaman tersebut tidak dapat dilupakan.


Comments

Popular posts from this blog

🕷️My trip to Sabah

🕷French

My Trip to Teluk Intan